Thursday, 30 July 2015

Penyakit Gout




Gout
Pengenalan
Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.
·         Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
·         Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
·         Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
·         Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.
·         Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
·         Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
·         Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
·         Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
·         Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
·         Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
·         Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
·         Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
·         Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
·         Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
·         Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
·         Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
·         Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
o    Kegemukan
o    Darah tinggi
o    Hiperlipidemia
o    Diabetes
Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
Rawatan serangan akut
·         Rehatkan sendi semasa serangan gout.
·         Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
·         Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
·         Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
o    Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
o    Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
·         Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
·         Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
·         Mengelakkan minuman keras
·         Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
·         Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Pemakanan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
ELAKKAN MAKAN
KURANGKAN MAKAN
·         Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
·         Ikan bilis, kembung, sardin
·         Daging cincang
·         Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
·         Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
·         Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
·         Peanuts, lentil, beans and peas
·         Poultry
·         Roti jagung dan bijirin
Pencegahan
·         Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
·         Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
·         Apabila mengambil allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
·         Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.
·         Minum banyak air
Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan penyakit gout.
Adakah Gout Boleh Diwarisi?
·         Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
·         Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
·         Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Jika anda memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits Foundation Malaysia di www.afm.org.my
Semakan Akhir
:
01 Mei 2012
Penulis
:
Penyemak
:

No comments:

Post a Comment