Makanan Tradisi Kaum Kadazandusun di Sabah
Keunikan dan
kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat
tempatan Sabah hari ini merupakan salah satu keistimewaan yang
terdapat di negeri di bawah bayu ini. Dalam entri ini, saya menyenaraikan
beberapa makanan tradisi bagi suku kaum kadazandusun.
Hinava
Hinava merupakan
salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku
kaum KadazanDusun di Sabah. Ia merupakan hidangan yang
dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan
yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas
dan garam. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak
dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun
limau kasturi (menyerupai shushi). Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh
digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh
digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh
digunakan bagi penyediaan Hinava ini.
Noomsom
bambangan
(buah)
Noonsom dikenali sebagai jeruk dalam
Bahasa Malaysia. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun,
antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Tuhau
(ulam) dan Noonsom Bambangan (buah).
No comments:
Post a Comment