Kawasan kampung saya mempunyai dua batang sungai, sungai ini
memberikan banyak kebaikkan kepada pedudukan kampung, antaranya adalah sumber
air dan juga ikan yang ada di sungai tersebut. Kehidupan penduduk kampung kami
sangat bergantung kepada sungai ini.
Sungai yang terdapat di kampung kami sangat jernih dan mempunyai banyak
batu-batu kecil mahupun batu besar.
Gambar sungai yang terdapat di kampung saya.
Kawasan kampung saya terletak jauh dari kawasan Bandar.
Jarak antara kampung saya dengan kawasan Bandar adalah 20 kilometer, memang
susah untuk pergi ke Bandar sekiranya tidak mempunyai kenderaan
sendiri.walaupun kawasan kampung saya jauh dari Bandar, kita tidak akan pernah
bosan semasa menuju ke kampung saya kerana
Sepanjang perjalanan menuju ke kampung saya terhidang keindahan alam
yang tidak terdapat di kawasan kampung lain.
Pemandangan
yang ada sepanjang perjalanan menuju ke kampung ku.
Ekonomi utama atau sumber pendapatan penduduk kampung saya
adalah menoreh getah, di samping itu ada yang mengusahakan kebun sayur-sayuran
secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga.
Pokok getah dan hasilnya.
Aktiviti belia di kampung saya setiap petang adalah bermain
bola dan main sepak takraw, aktviti ini banyak membantu belia atau golongan
muda di kampung saya daripada terjerbak daripada gejala yang tidak baik,
aktviti sukan yang diadakan setiap petang dapat membantu mengeratkan hubungan
sesama belia yang ada di kampung saya.
Bermain sepak takraw dan bola sepak.
Agama utama yang ada
di kampung saya adalah agama katolik,dan sebahagian kecil beragama islam dan
juga SDA, walaupun berbilang anutan agama yang ada di kampung saya, kami tetap
bersatu dan sentiasa hidup harmoni serta sentiasa bantu-membantu apabila dalam
kesusahan.

No comments:
Post a Comment